This post is about the reasons why a bestfriend
couldnt be a lover. It's just hard and almost impossible.Keep on reading and
you'll know why k. Ak rase ade yg btul and ad yg kurang tepat tapi this is just
points of view from people that observe a relationship. You guys can share your
experience or leave a comment if u want to k.
1
. Tidak sesuai bercinta
Didalam apa sahaja perkara, beterus terang adalah satu cara penyelesaian
terbaik. jadi untuk mengelakkan perkara ini terjadi, kamu perlu berterus terang
kepadanya bahawa kamu tidak sesuai untuk bercinta dengannya. kamu hanya
menganggap dia adalah sahabat karib kamu dunia dan akhirat. Untuk menolak kena
ada caranya, jangan sehingga dia rasa terhina kamu menolak cintanya. sampai
dengan cara baik serta ayat yang tersusun rapi agar dia faham maksud kamu
sebenarnnya.
2.
Tidak mampu menghormatinya sebagai
kekasih
Kamu juga boleh terangkan padanya sebab utama kamu tidak mungkin dapat
bersamanya. Antara alasan yang boleh kamu gunakan ialah menyatakan kepada
sekiranya kamu menjadi kekasihnya, kamu tidak mengikut kehendak, arahan dan
permintaannya. Malah menghormatinya sebagai kekasih juga pastinya sukar buat
diri kamu. Ini kerana persahabatan yang telah lama terjalin membuatkan antara
kamu dan dia tidak jurang ketika berbual serta bergurau. jadi daripada bergaduh
di kemudian hari, lebih baik kamu dan dia kekal sebagai sahabat. kampu perlu
yakinkannya kamu sememangnya tidak sesuai untuknya.
3. Tidak mampu berubah
Mungkin dia telah begitu mengenali kamu dan amat memahami sikap-sikap kamu.
jadi kamu tudak perlu lagi berpura-pura berlakon untuk menjaga hatinya.
Tunjukkan sahaja sikap sebenar kamu. Katakan padanya kamu tidak mungkin boleh
berubah walaupun setelah bergelar kekasihnya, sanggupkah dia menerima kamu
seperti diri kamu sekarang? kalau dia sanggup bagaimana pula dengan
keluarganya. pastinya dia akan terfikir kamu tidak sesuai untuk dijadikan
kekasih. dia pastinya akan memilih seorang yang bersopan santun dan tahu
menghormatinya sebagai kekasih.
4. Buat tidak peduli.
Kamu tidak pernah terfikir untuk bercinta dengannya kerena ketika
bersahabat pun kamu tidak peduli dengan kehadirannya dalam hidup kamu. teruskan
sikap tidak pedulu kamu tersebut. Berkawan seperti biasa anggap saha dia tidak
pernah meluahkan apa-apa perasaan pada kamu. Andainya dia cuba untuk
mendapatkan jawapan dari kamu sebaiknya kamu cuma mengelakkan daripada
membincangkannya. cubalah ubah topik perbualan. lama-kelamaan secara tidak
langsung pasti dia akn memahami jawapan yang ingin kamu sampaikan padanya
5. Menyepikan diri seketika
Cuba mengelakkan diri kamu daripa bertembung dengannya di tempat kerja, di
sekolah atau tempat kamu dan rakan kamu berkumpul. pastinya dia akan perasan
bahawa kamu tidak berminat untuk berkawan dengannya lagi. Jika dia tetap
mendesak kamu dan sanggup mengekori ke mana-mana sahaja kamu pergi, terangkan
saha padanya kamu perlu bersendirian untuk seketika. lama kelamaan si dia akan
bisa menanti jawapan dari mu
6. Pentingkan persahabatan
Jelaskan padanya kamu lebih sayangkan ikatan persahabatan kamu daripada menjadi
kekasihnya kerana hubungan kekasih pastinya memerlukan komitmen dan kesetiaan.
Sedangkan sebagai sahabat, kamu boleh berkongsi apa sahaja dan tidak perlu ada
komitmen yang tinggi dalam hubungan. Jika dia seorang yang rasional, pastinya
dia akan memahami maksud yang mahu kamu sampaikan.
7. Beritahu kamu sudah ada calon lain
Nyatakan kepadanya bahawa kamu sudah mempunyaiu calon dan bakal kekasih yang
sesuai dengan dirimu. tetapi kamu haris berani menanggung risiko bakal
kehilangan sahabat jika dia tidak dapat menerima perjelasan kamu. jika dia
sahabat baik kamu, pasti dia akan turut sama mendoakan kebahagiaan kamu. Bukan
berdendam semata-mata kamu menolak cintanya.
8. Tidak mahu kehilangan sahabat
sebaiknya
Sesekali bertegas dengan sahabat baik kamu pasti akan membawa kebaikan. berani
menegakkan perndirian adalah satu sifat yang terpuji. sekurang-kurangnya kemu
tidak menipu dia atau diri kamu sendiri. ikut kata hati dan jangan termakan
pujuk rayu si dia. katakan padanya kamu tidak akan sama sekali menganggapnya
lebih dari seorang sahabat kerana kamu tidak mahu kehilangan sahabat sebaiknya.
So kalau korg rasa benda2 kat tas btul, so btul
la tapi ni semua atas pendapat masing2 and straight to the point, hati dan
perasaan ni xboleh nak dipaksa. for me,
its hard to fall for someone, because i really need to know that person
better from every angle before i can make her a special person. Because in a
relationship, trust and understanding
are very essential . SO, kalau tak kenal org tu , cmne kita nak faham
dia kan. As for me, ak amik masa yg pnjang untuk mengenali seseorang tu, memang
aku ade ego, tp ak tau ape yg ak buat ni untuk kebaikan aku dan si dia. Im
trying to do something for the future.
Thats all from me, see you guys later......love
you guys a lot...!!